Apa itu puasa,.?
Puasa ialah menahan diri dari makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.
Syarat Wajib Puasa
- Beragama Islam
- Baligh (telah mencapai umur dewasa)
- Berakal
- Berupaya untuk mengerjakannya.
- Sihat
- Tidak musafir
Apa saja Rukun Puasa?
Rukun puasa itu ada yang bilang 3, ada juga yang bilang cuman 2. Semuanya bener, yang salah itu yang gak puasa! :P (beda cuman di point no 1)
Rukun puasa itu ada yang bilang 3, ada juga yang bilang cuman 2. Semuanya bener, yang salah itu yang gak puasa! :P (beda cuman di point no 1)
1. Ada orangnya yang berpuasa
2. Niat mengerjakan puasa pada tiap-tiap malam di bulan Ramadhan(puasa wajib) atau hari yang hendak berpuasa (puasa sunat). Waktu berniat adalah mulai daripada terbenamnya matahari sehingga terbit fajar.
3. Meninggalkan sesuatu yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga masuk matahari.
2. Niat mengerjakan puasa pada tiap-tiap malam di bulan Ramadhan(puasa wajib) atau hari yang hendak berpuasa (puasa sunat). Waktu berniat adalah mulai daripada terbenamnya matahari sehingga terbit fajar.
3. Meninggalkan sesuatu yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga masuk matahari.
Niat إنما الأعمال بالنيات
Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat
Barangsiapa tidak berniat puasa sebelum fajar maka tidak ada puasa baginya
(Ad-Daruqutni (2/172), Al-Baihaqi (4/202))
Hendaklah berniat pada setiap malam sebelum terbit fajar untuk puasa hari berikutnya. Tidak cukup dengan satu niat untuk puasa sebulan kerana puasa Ramadhan bukanlah ibadah yang satu. Bahkan ia adalah ibadat yang berulang-ulang dan setiap ibadat itu mesti dikhususkan niatnya yang tersendiri.
Mengenai Puasa sunat, niat tidak disyaratkan pada waktu malam dan tidak perlu ditentukan. Niat, sah dilakukan sebelum tergelincir matahari dan sah juga niat mutlak.
Dalilnya ialah hadis Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Nabi SAW bersabda padanya :Apakah kamu mempunyai makanan tengahari?.
Jawabnya :Tidak.
Sabda Baginda :Kalau begitu aku berpuasa
Untuk puasa wajib, niat dilakukan dengan menetapkan jenis puasa. Hendaklah berazam dalam hatinya untuk berpuasa bulan Ramadhan pada esok hari.
Niat aku berpuasa esok hari dalam rangka menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Makan dan Minum من نسي وهو صائم فأكل أو شرب فليتم صومه فإنما أطعمه الله وسقاه
Barang siapa yang terlupa bahawa dia sedang berpuasa lalu dia makan ataupun minum maka hendaklah dia menyempurnakan puasanya, sesungguhnya Allahlah yang telah memberinya makan dan minum
Sampainya ‘ain (sesuatu ) kedalam al-Jauf (rongga) melalui liang terbukaain ialah sesuatu yang dapat dilihat dengan mata. Suntikan di lubang dubur membatalkan puasa kerana lubang dubur ialah liang yang terbuka.
Suntikan pada urat tidak membatalkan puasa kerana urat adalah liang yang tidak terbuka dan begitulah seterusnya.
Sekiranya dia dipaksa untuk makan atau minum, puasanya tidak batal kerana hukum ikhtiarnya (mempunyai pilihan) sudah gugur.
Suntikan pada urat tidak membatalkan puasa kerana urat adalah liang yang tidak terbuka dan begitulah seterusnya.
Sekiranya dia dipaksa untuk makan atau minum, puasanya tidak batal kerana hukum ikhtiarnya (mempunyai pilihan) sudah gugur.
Muntah dengan sengaja من زرعه قيء يعني من غلبه من غير اختيار فلا قضاء عليه من استقاء يعني طلب خروج ما في جوفه فعليه القضاء
Barangsiapa yang muntah tanpa disengajakan (sedangkan dia berpuasa) maka dia tidak perlu mengqadha’kannya dan sekiranya dia muntah dengan sengaja, maka dia hendaklah mengqadha’kan puasanya(Abu Daud (2380), at-Tirmizi (720))
Bersetubuh dengan sengaja walaupun tanpa keluar mani أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَائِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتَانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ فَالْآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ وَلَا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَا كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), yaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.(Al-Baqarah:187)
Al-Istimna’ Al-Istimna’ ialah mengeluarkan air mani dengan melakukan percumbuan dan sebagainya ataupun dengan menggunakan tangan.
Haid dan Nifas Haid dan nifas merupakan keuzuran yang menghalang sahnya puasa. Sekiranya wanita yang berpuasa keluar haid atau nifasnya pada sebahagian daripada siang maka batallah puasanya. Dia wajib mengqadha’kan puasa hari tersebut. (Al-Bukhari (298) )Gila dan murtad
Gila dan murtad merupakan penghalang daripada sahnya puasa kerana orang yang berada di dalam keadaan ini tidak mempunyai keahlian (kalayakan) untuk beribadat.Murtad - iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, baik dengan hati, perkataan atau perbuatan